CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 13, 2009

TAJUK ULASAN BUKU PILIHAN

Nama pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser
Tahun terbitan : 2006
Tajuk buku : Doing Action Research A Guide for School Support Staff
Nama penerbit : Paul Chapment Publishing, A SAGE Publishing Company
Tempat : London

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Terdapat banyak perbezaan pendekatan untuk melakukan projek penyelidikan, dan setiap metodologi melalui suatu tempoh masa tertentu. Perspektif seumpama ini merupakan suatu perkara yang berterusan. Menurut Cohen et al, 2000 , Kajian tindakan adalah alat yang paling berkesan untuk melakukan perubahan kearah kebaikkan dan meningkatkan tahap pencapaian individu dalam sesuatu perkara. Manakala Gray, 2004 pula menyatakan bahawa kajian tindakan ialah latihan, kitaran dan penyelesaian masalah dalam peringkat setempat. Penyelidikan dilihat sebagai asas atau kaedah untuk membuat perubahan. Melihat kepada kaedah ini, kajian tindakan sebenarnya berfungsi sebagai agen perubahan.
Selain itu juga, Cohen et al.(2000) mencadangkan serta menyenaraikan cara berkesan yang sesuai di aplikasikan dalam pendidikan seperti perubahan dari segi pembelajaran dan teknik pengajaran, memperbaiki tingkah laku pelajar dan menambahbaikkan kecekapan pihak pengurusan sekolah. Mereka mencadangkan metod kajian tindakan digunakan untuk menambaikkan meningkatkan golongan yang professional, kesedaran kita pada persekitaran tempat bekerja dan motivasi diri dan memerlukan untuk melakukan refleksi.
Buku ini menerangkan bahawa kajian tindakan adalah satu alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu perubahan daripada negativ kepada positif atau mempertingkatkan keupayaan sesuatu situasi yang dikenalpasti untuk melakukan penambahbaikkan. Contohnya seperti mengaplikasikan teknik pembaharuan yang berkesan disekolah bagi memberi kemajuan terhadap prestasi akademik dan sosial serta fizikal pelajar di sekolah.

KENAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

Dalam buku ini, penulis membincangkan tentang mengapa pentingnya kajian tindakan dilaksanakan oleh seorang guru dan apakah yang sebenarnya yang patut dilakukan mereka untuk melaksanakan penelitian bagi menjalankan penambahbaikan . Bagaimana seorang guru dapat mengesahkan bahawa apa yang dilaksanakannya didalam kelas selama ini berfungsi dan berkesan kepada para pelajarnya? Bagaimana seseorang guru itu dapat menerangkan kenapa dan bagaimana kaedah yang digunakan adalah bersesuian dengan pelajar dan apakah bukti keberkesanannya, kepada pihak-pihak yang sangat mengambil berat atau ambil kisah tentang proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti ibu-bapa pelajar, para pelajar sendiri, rakan sekerja, pihak pentadbiran,serta masyarakat? Dan apakah guru tersebut mendapat kepuasan pada cara pengajaran atau penyampaiannya? Untuk memberi respon kepada setiap persoalan tersebut sudah tentulah dengan melakukan kajian tindakan.

Selain daripada itu, sebab yang paling utama kenapa guru perlu membuat kajian tindakan ialah kerana guru adalah sumber utama penyebaran pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Dimana guru bertindak sebagai ''pemudah cara pengetahuan'' kepada para pelajar. Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru hendaklah lebih kreatif dan afektif dalam menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar. Dengan sebab itu, guru hendaklah memikirkan pelbagai pendekatan barubagi menyesuikan amalan mereka dengan kehendak pelajar pada zaman globalisasi kini. Maka, satu platform yang paling mudah adalah dengan penggunaan kaedah kajian tindakan bagi membolehkan guru menuju ke arah penambahbaikan.Di bahagian pengenalan ini juga banyak diberikan contoh-contoh situasi yang berkaitan.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Terdapat beberapa reka bentuk kajian tindakan.
Model…Dari segi reka bentuk kajian tindakan, buku ini menggunakan model Lewin iaitu yang melibatkan berbagai jenis kitaran yang mana di dalam setiap kitaran akan mencakupi,aspek:#merancang.....>#bertindak…..>#memantau…..>#refleksi.
Proses kajian akan terus berputar sehingga matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu isu kajian tindakan tercapai dan melakukan perubahan mengikut keputusan kajian yang diperolehi dan berjaya. Perancangan yang dilakukan perlu tersusun dan teratur dan baik sebelum dimulakan. Selain itu, Penyelidik perlu menyenaraikan untuk memilih fokus kajian tindakan. Persekitaran adalah penting dalam memastikan penulis dapat menjalankan penyelidikan. Perkara yang diperlukan penyelidik ialah mengenalpasti masalah, mencari punca masalah atau sesuatu yang dapat menerangkan masalah yang berlaku, mencari jalan penyelesaian dan bertindak serta menilai hasil kajian dan tindakan yang perlu dilakukan dalam proses kajian mereka.

LANGKAH2 KAJIAN TINDAKAN

Antara langkah-langkah dan prosuder kajian tindakan yang dikenalpasti di dalam buku ini ialah:
a) Apa yang perlu dilihat sebagai permasalahan kajian?
b) Apa bukti yang akan dikumpul untuk ditunjukkan berdasarkan masalah yang dikaji?
c) Apa yang akan dilihat sebagai penyelesaian?
d) Bagaimana untuk membuat penilaian berdasarkan hasil yang diperolehi?
e) Apa tindakan yang perlu diambil?
f) refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Dalam pengumpulan data, peringkat pertama adalah penentuan teknik pengumpulan data yang akan digunakan, samada pengumpulan data kualitatif mahupun kuantitatif. Pengumpulan data perlu dilakukan secara sistematik. Ini bagi memudahkan perkembangan kajian dipantau serta memudahkan kemajuan kajian dilihat.
Selain itu data perlu dikelaskan dan diolah bagi mendapatkan kesimpulan akhir bagi kajian. Seringkali percanggahan hasil kajian daripada hipotesis awal kajian berlaku. Ini kerana kajian tindakan yang melibatkan manusia sebagai subjek kajian memungkinkan untuk mendapat hasil di luar jangkaan kerana sifat manusia itu sendiri yang berubah-ubah dan sukar diramal.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN

Sesuatu kajian tindakan amat perlu kepada ujian atau kaedah khusus untuk menguji keboleh-percayaan dan kesahan hasil kajian. ianya perlu bagi memastikan tiada prejudis dalam kajian, hasil kajian adalah asli dan kajian tidak dilakukan berdasarkan bias pemikiran pengkaji sahaja. Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengkaji kesahan dan kebolehpercayaan kajian adalah:-
-Menjemput rakan kritik
-Menyediakan kumpulan penilai (untuk menilai dan mengesahkan hasil kajian).

ANALISIS DATA

Kaedah menganalisis data juga merangkumi dan memfokuskan isu-isu yang kompleks untuk menganalisis data. Kajian Tindakan adalah tidak mungkin menghasilkan penemuan-penemuan secara umum. Ia adalah menjana prinsip berpandukan kepada pengalaman. Analisis di dalam Kajian Tindakan adalah untuk mencari tema dan isu yang releven dan boleh diguna pakai di dalam situasi tertentu. Freeman telah mencadangkan empat perkara penting yang diperlukan untuk menganalisis kajian:
i) menamakan
ii) mengumpulkan
iii) menghubungkaitkan
iv) mempamerkan

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Etika dalam kajian tindakan ialah garis panduan yang mesti diikuti. Perkara penting yang perlu diingat, sebagai pengkaji perlulah membuat kajian yang tepat agar tidak terpesong dari tetapan pendidikan yang telah ditetapkan. Pengkaji sememangnya memerlukan garis panduan yang lengkap sebagai rujukan garis panduan kepada mereka untuk melakukan projek kajian. Penyelidik perlu untuk menerangkan tujuan untuk melakukan kajian dan untuk mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dan turut serta dalam projek yang dijalankan. Ini dikenali sebgai maklumat persetujuan.Terdapat tiga aspek yang ditekankan di dalam persoalan etika untuk melaksanakan kajian tindakan ke atas manusia ini. Ianya adalah:-
• Perbincangan dan akses keselamatan.
• Melindungi subjek kajian.
• Jaminan yang baik terhadap kepercayaan yang diberikan oleh subjek kajian.

PENILAIAN KESELURUHAN BUKU

Secara keseluruhannya, buku ‘Doing Action Research A Guide for School Support Staff’ ini amat sesuai kepada mereka yang ingin membuat kajian tindakan. Selain itu, buku ini juga menerangkan secara khusus langkah yang dititikberatkan dalam proses ini seperti teknik temubual, soal selidik, pemerhatian dan sebagainya. Buku ini juga menerangkan bagaimana melakukan Literature Review dengan lebih berkesan dan baik. Justeru,buku ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin melakukan kajian tindakan khusunya . Bagaimanapun, buku ini juga boleh dijadikan bahan asas rujukan sahaja dan memerlukan panduan dari buku-buku kajian tindakan yang lain untuk melengkapkan sesebuah kajian tindakan yang ingin dilakukan.

0 comments: