CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

Nota kuliah Hajah Halimah Harun

Aktiviti 1

Kami dikehendaki mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4 dan jawab soalan-soalan yang berikut:
Nama & No Matrik
Major/Minor DPLI
Alamat
Status diri
Mengapa ingin menjadi cikgu?
Guru yang paling disukai dan sebab?
Guru yang paling dibenci dan sebab?
Apakah tugas guru? - Sharing Knowledge with students
Lukis gambar pokok dan tulis tarikh lahir & tandatangan

Aktiviti 2

Setiap 2 orang pelajar diminta supaya membuat satu tugasan kerja serta bentangkannya dihadapan kelas mengenai mana-mana tajuk Kajian Tindakan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban.

Aktiviti 3

Kami perlu membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar berlainan bangsa dan pengkhususan.Seterusnya kami perlu memikirkan satu tajuk proposal serta membuatnya dengan lengkap.

Tarikh hantar: 28 / 6 / 2009

Ahli Kumpulan:
Saw Ying Yu P48662 (Bio)
Syaidatul Haini bt Mohd Radzi P48676 (Bio)
Rasyidatun Naja Isa P48623 (Bio)
Nurkhalisah bt Mustapa P48600 (PI)
Asparila Che Mat P48577 (PI)

Tajuk yang dipilih: Meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan 3 dalam subjek Sejarah menggunakan kaedah lakonan.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Latar belakang:

Subjek sejarah hanya menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh dan memberi gambaran jelas tentang sejarah negara. Pengajaran sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Rentetan peristiwa ini disusun secara kronologi supaya pelajar dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara, serta unsur-unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku. Dalam rentetan peristiw a ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang kaitan dengan sejarah negara kita. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan sejarah Malaysia.

Objektif :
Untuk memantapkan ingatan pelajar terhadap kronologi peristiwa penting dalam subjek Sejarah.
Untuk menyatakan tarikh-tarikh penting dengan tepat
Untuk meningkatkan kefahaman pelajar
Kaedah :

Langkah 1 : Mengenalpasti masalah
Pelajar sukar memahami dan mengingati kronologi peristiwa dalam subjek Sejarah.
Pelajar kurang berminat dalam subjek Sejarah kerana ia membosankan.
Langkah 2 : Merancang dan melaksanakan penyelidikan
Menilai tahap kefahaman pelajar melalui pra-ujian.
Menggunakan kaedah lakonan di mana pelajar dikehendaki melakonkan peristiwa sejarah . Setiap pelajar mesti memainkan peranan dalam lakonan tersebut : Penjajahan Jepun di Tanah Melayu (Leftenan Adnan). Lakonan dirakamkan oleh guru.
Pelajar yang tidak terlibat dalam lakonan dikehendaki mencatat isi-isi penting daripada lakonan tersebut.
Beberapa orang pelajar dipilih untuk membuat ulasan tentang kefahaman mereka setelah menyaksikan lakonan.
Tahap kefahaman pelajar diuji sekali lagi melalui post-test.
Langkah 3 : Pengumpulan data
Markah ujian pra-ujian dan post-test dibandingkan.
Menukarkan data ke dalam bentuk carta bar untuk menunjukkan perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas aktiviti lakonan dijalankan.
Langkah 4 : Refleksi dan penilaian
Guru membuat refleksi mengenai pencapaian pelajar sebelum dan selepas ujian.

Wednesday, May 13, 2009

TAJUK ULASAN BUKU PILIHAN

Nama pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser
Tahun terbitan : 2006
Tajuk buku : Doing Action Research A Guide for School Support Staff
Nama penerbit : Paul Chapment Publishing, A SAGE Publishing Company
Tempat : London

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Terdapat banyak perbezaan pendekatan untuk melakukan projek penyelidikan, dan setiap metodologi melalui suatu tempoh masa tertentu. Perspektif seumpama ini merupakan suatu perkara yang berterusan. Menurut Cohen et al, 2000 , Kajian tindakan adalah alat yang paling berkesan untuk melakukan perubahan kearah kebaikkan dan meningkatkan tahap pencapaian individu dalam sesuatu perkara. Manakala Gray, 2004 pula menyatakan bahawa kajian tindakan ialah latihan, kitaran dan penyelesaian masalah dalam peringkat setempat. Penyelidikan dilihat sebagai asas atau kaedah untuk membuat perubahan. Melihat kepada kaedah ini, kajian tindakan sebenarnya berfungsi sebagai agen perubahan.
Selain itu juga, Cohen et al.(2000) mencadangkan serta menyenaraikan cara berkesan yang sesuai di aplikasikan dalam pendidikan seperti perubahan dari segi pembelajaran dan teknik pengajaran, memperbaiki tingkah laku pelajar dan menambahbaikkan kecekapan pihak pengurusan sekolah. Mereka mencadangkan metod kajian tindakan digunakan untuk menambaikkan meningkatkan golongan yang professional, kesedaran kita pada persekitaran tempat bekerja dan motivasi diri dan memerlukan untuk melakukan refleksi.
Buku ini menerangkan bahawa kajian tindakan adalah satu alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu perubahan daripada negativ kepada positif atau mempertingkatkan keupayaan sesuatu situasi yang dikenalpasti untuk melakukan penambahbaikkan. Contohnya seperti mengaplikasikan teknik pembaharuan yang berkesan disekolah bagi memberi kemajuan terhadap prestasi akademik dan sosial serta fizikal pelajar di sekolah.

KENAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

Dalam buku ini, penulis membincangkan tentang mengapa pentingnya kajian tindakan dilaksanakan oleh seorang guru dan apakah yang sebenarnya yang patut dilakukan mereka untuk melaksanakan penelitian bagi menjalankan penambahbaikan . Bagaimana seorang guru dapat mengesahkan bahawa apa yang dilaksanakannya didalam kelas selama ini berfungsi dan berkesan kepada para pelajarnya? Bagaimana seseorang guru itu dapat menerangkan kenapa dan bagaimana kaedah yang digunakan adalah bersesuian dengan pelajar dan apakah bukti keberkesanannya, kepada pihak-pihak yang sangat mengambil berat atau ambil kisah tentang proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti ibu-bapa pelajar, para pelajar sendiri, rakan sekerja, pihak pentadbiran,serta masyarakat? Dan apakah guru tersebut mendapat kepuasan pada cara pengajaran atau penyampaiannya? Untuk memberi respon kepada setiap persoalan tersebut sudah tentulah dengan melakukan kajian tindakan.

Selain daripada itu, sebab yang paling utama kenapa guru perlu membuat kajian tindakan ialah kerana guru adalah sumber utama penyebaran pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Dimana guru bertindak sebagai ''pemudah cara pengetahuan'' kepada para pelajar. Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru hendaklah lebih kreatif dan afektif dalam menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar. Dengan sebab itu, guru hendaklah memikirkan pelbagai pendekatan barubagi menyesuikan amalan mereka dengan kehendak pelajar pada zaman globalisasi kini. Maka, satu platform yang paling mudah adalah dengan penggunaan kaedah kajian tindakan bagi membolehkan guru menuju ke arah penambahbaikan.Di bahagian pengenalan ini juga banyak diberikan contoh-contoh situasi yang berkaitan.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Terdapat beberapa reka bentuk kajian tindakan.
Model…Dari segi reka bentuk kajian tindakan, buku ini menggunakan model Lewin iaitu yang melibatkan berbagai jenis kitaran yang mana di dalam setiap kitaran akan mencakupi,aspek:#merancang.....>#bertindak…..>#memantau…..>#refleksi.
Proses kajian akan terus berputar sehingga matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu isu kajian tindakan tercapai dan melakukan perubahan mengikut keputusan kajian yang diperolehi dan berjaya. Perancangan yang dilakukan perlu tersusun dan teratur dan baik sebelum dimulakan. Selain itu, Penyelidik perlu menyenaraikan untuk memilih fokus kajian tindakan. Persekitaran adalah penting dalam memastikan penulis dapat menjalankan penyelidikan. Perkara yang diperlukan penyelidik ialah mengenalpasti masalah, mencari punca masalah atau sesuatu yang dapat menerangkan masalah yang berlaku, mencari jalan penyelesaian dan bertindak serta menilai hasil kajian dan tindakan yang perlu dilakukan dalam proses kajian mereka.

LANGKAH2 KAJIAN TINDAKAN

Antara langkah-langkah dan prosuder kajian tindakan yang dikenalpasti di dalam buku ini ialah:
a) Apa yang perlu dilihat sebagai permasalahan kajian?
b) Apa bukti yang akan dikumpul untuk ditunjukkan berdasarkan masalah yang dikaji?
c) Apa yang akan dilihat sebagai penyelesaian?
d) Bagaimana untuk membuat penilaian berdasarkan hasil yang diperolehi?
e) Apa tindakan yang perlu diambil?
f) refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Dalam pengumpulan data, peringkat pertama adalah penentuan teknik pengumpulan data yang akan digunakan, samada pengumpulan data kualitatif mahupun kuantitatif. Pengumpulan data perlu dilakukan secara sistematik. Ini bagi memudahkan perkembangan kajian dipantau serta memudahkan kemajuan kajian dilihat.
Selain itu data perlu dikelaskan dan diolah bagi mendapatkan kesimpulan akhir bagi kajian. Seringkali percanggahan hasil kajian daripada hipotesis awal kajian berlaku. Ini kerana kajian tindakan yang melibatkan manusia sebagai subjek kajian memungkinkan untuk mendapat hasil di luar jangkaan kerana sifat manusia itu sendiri yang berubah-ubah dan sukar diramal.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN

Sesuatu kajian tindakan amat perlu kepada ujian atau kaedah khusus untuk menguji keboleh-percayaan dan kesahan hasil kajian. ianya perlu bagi memastikan tiada prejudis dalam kajian, hasil kajian adalah asli dan kajian tidak dilakukan berdasarkan bias pemikiran pengkaji sahaja. Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengkaji kesahan dan kebolehpercayaan kajian adalah:-
-Menjemput rakan kritik
-Menyediakan kumpulan penilai (untuk menilai dan mengesahkan hasil kajian).

ANALISIS DATA

Kaedah menganalisis data juga merangkumi dan memfokuskan isu-isu yang kompleks untuk menganalisis data. Kajian Tindakan adalah tidak mungkin menghasilkan penemuan-penemuan secara umum. Ia adalah menjana prinsip berpandukan kepada pengalaman. Analisis di dalam Kajian Tindakan adalah untuk mencari tema dan isu yang releven dan boleh diguna pakai di dalam situasi tertentu. Freeman telah mencadangkan empat perkara penting yang diperlukan untuk menganalisis kajian:
i) menamakan
ii) mengumpulkan
iii) menghubungkaitkan
iv) mempamerkan

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Etika dalam kajian tindakan ialah garis panduan yang mesti diikuti. Perkara penting yang perlu diingat, sebagai pengkaji perlulah membuat kajian yang tepat agar tidak terpesong dari tetapan pendidikan yang telah ditetapkan. Pengkaji sememangnya memerlukan garis panduan yang lengkap sebagai rujukan garis panduan kepada mereka untuk melakukan projek kajian. Penyelidik perlu untuk menerangkan tujuan untuk melakukan kajian dan untuk mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dan turut serta dalam projek yang dijalankan. Ini dikenali sebgai maklumat persetujuan.Terdapat tiga aspek yang ditekankan di dalam persoalan etika untuk melaksanakan kajian tindakan ke atas manusia ini. Ianya adalah:-
• Perbincangan dan akses keselamatan.
• Melindungi subjek kajian.
• Jaminan yang baik terhadap kepercayaan yang diberikan oleh subjek kajian.

PENILAIAN KESELURUHAN BUKU

Secara keseluruhannya, buku ‘Doing Action Research A Guide for School Support Staff’ ini amat sesuai kepada mereka yang ingin membuat kajian tindakan. Selain itu, buku ini juga menerangkan secara khusus langkah yang dititikberatkan dalam proses ini seperti teknik temubual, soal selidik, pemerhatian dan sebagainya. Buku ini juga menerangkan bagaimana melakukan Literature Review dengan lebih berkesan dan baik. Justeru,buku ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin melakukan kajian tindakan khusunya . Bagaimanapun, buku ini juga boleh dijadikan bahan asas rujukan sahaja dan memerlukan panduan dari buku-buku kajian tindakan yang lain untuk melengkapkan sesebuah kajian tindakan yang ingin dilakukan.

Tuesday, May 12, 2009

NOTA KULIAH MINGGU KE-4

KAJIAN KEPUSTAKAAN

- Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.

- Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.

- Memerlukan kemahiran berfikir.

Membandingkan dan Membezakan

- Iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.

- Kemahiran ini digunakan apabila :

- Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
- Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan

- Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampul, seting, prosedur, pengumpulan data dan penganalisisan data).

Menganalisis

- Mengolah maklumat dan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip terlibat.

- Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Menilai

- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

- Kemahiran digunakan bagi membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima atau menolak idea.

Membuat kesimpulan

- Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara .

- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu dan meramal.

Mensintesis

- Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang mennyeluruh dalam bentuk pernyataan.

Monday, May 11, 2009

NOTA KULIAH 3

(1) PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor utama dalam menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. perubahan boleh mewujudkan ketidakpastian. ketidakpastian dalam pendidikan boleh merosakkan masa depan pelajar. perubahan ini berlaku dengan penyelididkan.

Jenis-Jenis perubahan :

i) perubahan ke arah peningkatan
ii) perubahan strategik organisasi
iii) perubahan reaktif
iv) perubahan akibat daripada jangkaan

perubahan adalah kompleks. ia dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi. evolusi ialah perubahan yang menghasilkan kesan sedikit dalam tempoh yang panjang. revolusi ialah perubaha yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan Itu Multidimensi :

i) tujuan perubahan : membuat penambahbaikan untuk sesuatu keadaan
ii) unit perubahan : tardiri daripada individu, kumpulan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan komuniti
iii) sifat perubahan : mengubah seseorang melibatkan tingkahlaku dan sikapnya
iv) magnitud perubahan : perubahan dalam skala besar memberi hasil yang menarik tetapi sukar dilaksanakan dan skala lebih kecil labih mudah tetapi impaknya signifikan
v) skop perubahan : sejauhmana penambahbaikan dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrument penilaian
vi) jangkamasa perubahan : Kottler (2001) berkata perubahan berlaku secara spontan, perubahan minima dan perubahan yang berterusan. Chambers (1997) berkata perubahan berbentuk kitaran dan berakhir dalam 10 -15 tahun.

Model-Model Perubahan :

i) model Penggabungan Roger
ii) model Kanter
iii) model Rand
iv) model Acot

AKTIVITI 3 (BERKUMPULAN)

Nama ahli kumpulan:

Nurkhalisah binti Mustapa (P48600)
Asparila binti Che Mat (P48577)
Siti Hasmiyati binti Zahari


Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

- 8 sebab orang menentang perubahan:

1) Banyak cabaran dan risiko

2) Perubahan dilakukan secara mengejut/drastik

3) Perubahan yang dibuat tidak mendatangkan kebaikan

4) Perubahan itu menyebabkan kita mengambil masa yang terlalu lama.

5) Perubahan menyebabkan keliru untuk membuat pilihan.

6) Perbezaan pendapat, pandangan dan pendirian dengan orang lain

7) Sudah selesa dengan amalan biasa

8) perubahan yang dilakukan akan menimbulkan masalah-masalah lain

Cara Penyelesaiannya :

1) Berani menghadapi cabaran dan berusaha mewujudkan persaingan yang sihat

2) Perubahan mestilah dilakukan secara beransur-ansur.

3) Perubahan yang dibuat mestilah mempunyai matlamat yang jelas

4) Perlu menentukan jangka masa tertentu sehingga mencapai objektif yang ditetapkan
sebelum melakukan sesuatu perubahan yang baru.

5) berpendirian tetap dalam apa jua situasi

6) Sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk menerima pandangan orang lain

7) Membuat kajian lebih terperinci terhadap perubahan yang hendak dilakukan

8) Membuat penentuan berterusan untuk mengawal proses perubahan yang dilakukan

Friday, May 1, 2009

AKTIVITI 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan II (BIG II), saya telah menyedari beberapa perkara yang perlu kepada penambaikan di dalam diri saya. Aspek yang paling utama ialah ketepatan masa. Hal ini kerana saya mendapati, sepanjang perjalanan Program BIG II saya suka menyiapkan sesuatu kerja tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Contohnya, ketika aktiviti "jungle trekking" kami diberi sebanyak 5 tugasan dan perlu menyiapkan sepanjang aktiviti tersebut berlansung. Namun demikian, tugasan tersebut disiapkan lambat daripada masa yang telah ditetapkan. Sehingga sekarang, saya berusaha untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.


Matlamat

Saya ingin menjadi seorang pelajar DPLI dan guru yang sentiasa aktif, bersemangat dan cemerlang dan berdedikasi.


Objektif Kajian

* Menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan tepat pada masanya.
* Menguruskan masa dengan sistematik.


Pelan Tindakan

#Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif saya ialah:-

1. Saya akan menyenaraikan tugasan-tugasan yang diberikan serta tarikh akhir bagi tugasan tersebut.
2. Saya juga menyediakan satu jadual yang lengkap untuk menguruskan masa saya dengan lebih baik.


#Pengumpulan Data
Saya akan membuat satu senarai semak tentang aktiviti yang telah dilakukan. Selain itu, saya juga boleh meminta pandangan rakan-rakan tentang prestasi ketika melakukan tugasan berkumpulan agar dapat memperbaiki kelemahan diri.


#Memantau pelaksanaan yang telah dilakukan.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN


Terdapat empat jenis kajian tindakan, iaitu:
a. Kajian tindakan individu
Kajian jenis ini dijalankan secara individu atau perseorangan iaitu guru itu sendiri.
Kajian jenis ini memfokus kepada satu isu atau permasalahan yang terdapat di dalam satu bilik darjah sahaja.

b. Kajian tindakan kolaboratif
Kajian jenis ini melibatkan lebih daripada dua orang guru samada dalam bidang yang sama ataupun berlainan.
Kajian jenis ini memfokus kepada dua isu dalam satu bilik darjah.

c. Kajian tindakan organisasi seperti sekolah
Kajian jenis ini melibatkan ramai pihak seperti guru dan ibu bapa.
Fokus kajian adalah tertumpu kepada persekitaran sekolah itu sahaja.

d. Kajian tindakan daerah