CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 4, 2009

NOTA KULIAH PUAN SAKINAH

PENGUMPULAN DATA

3 sebab perlu capai kualiti tinggi:

i.tanggungjawab kepada pelajar
ii.keperluan kepada kecekapan diri & org lain
iii.keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat dgn melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria Kualiti:

#serupa dengan jenis penyelidikan lain
#2 rukun sains dalam senarai penyelidik ialah kesahan dan kebolehpercayaan
#kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan:

#merujuk kepada kebenaran data dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan:

#berkaitan dengan ketepatan data
#masalah kebolehpercayaan dlm pndidikan selalu berlaku apabila data diambil dari #sampel yang terlalu kecil

5 tahap penyelidikan tindakan:

#Mengenalpasti masalah
#Perancangan tindakan
#Mengumpul data
#Analisis data
#Perancangan untuk tindakan seterusnya

Alat pengumpulan data:

#pemerhatian
#nota guru/komen
#kerja pelajar
#refleksi pelajar
#jurnal pelajar
#ujian
#tinjauan soal selidik
#temuduga

ULASAN JURNAL

JURNAL 1

Tajuk : An action research project on preparing teachers to meet the needs of underserved student populations
Oleh :(Buck & Cordes, 2005)

Fokus kajian
Fokus kajian yang dilakukan ini ialah untuk meningkatkan persediaan guru terhadap perkembangan pelajar.

Sampel
Kajian ini menggunakan pelajar di dalam bilik darjah sebagai sampel serta 20 orang guru yang terlibat di dalam pra perkhidmatan.

Setting
Melibatkan beberapa pertubuhan komuniti.

Prosedur
Beberapa prosuder yang dijalankan dalam kajian ini iaitu pemerhatian, pemantauan, serta penilaian.

Pengumpulan data
Data adalah dikumpul melalui 2 cara iaitu soal selidik dan pre-test kepada para pelajar. Selain itu juga data yang digunakan terdiri daripada data kualitatif dan kuantitatif.

Rumusan
Kajian ini adalah amat berguna kepada penulis kerana secara langsung menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan prestasi pelajar di dalam bilik darjah. Ia juga akan dijalankan secara bersterusan agar matlamat yang ingin dicapai benar-benar berada di tahap yang cemerlang.


JURNAL 2

Tajuk : Action Research: A Developmental Model of Professional Socialization
Oleh: Sharon Schoen

Fokus kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkat tahap penyertaan guru-guru di dalam bidang professional samada yang baru berkhidmat atau yang telah lama berkhidmat. Ia menekankan konsep kemahiran, keupayaan, sikap, dan konteks dalam menigkatkan prestasi.

Sampel
Sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini, ia melibatkan guru-guru sebagai ahli komuniti-komuniti sekolah.

Setting
Setting pula telah dijalankan di beberapa buah komuniti yang terpilih.

Prosedur
Antara prosedur yang terlibat ialah melihat kepada pandangan dan pemikiran para pendidik sebagai satu cara yang kritis terhadap amalan yang reflektif. Ia juga menggabungkan teknik menyoal, menaksir, penyiasatan, bekerjasama, mengkaji, dan penapisan.

Pengumpulan data
Manakala teknik pengumpulan data pula lebih kepada proses penapisan Khususnya, proses kajian tindakan itu adalah dioperasikan dalam lima fasa-fasa: (1) soalan-soalan kritikal, (2) mengutip data (3) penambahbaikan (4) tindak balas responden (5) keputusan kajian.

Rumusan

Secara umunya, kajian ini adalah dijalankan dengan tujuan secara professional terhadap guru dalam perkhidmatan pendidikan untuk menggalakkan peningkatan mereka khasnya di dalam proses pembelajaran bilik darjah. Oleh itu, kebolehan pendekatan di dalam penggunaan pelbagai topik dengan baik dan secara empirikal dapat dibuktikan dan dijayakan dengan lancar.


JURNAL 3

Tajuk : Perceptions of Curriculum and Inservice Teachers: An Action Research Project
Oleh : Ursula Thomas-Fair, Ed.D. Central Michigan University

Fokus kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana penglibatan dan persepsi guru dalam perkhidmatan terhadap bidang kokurikulum dan bagaimana penilaian mereka di sekolah.

Sampel
Sampel kajian ini adalah melihat kepada 10 orang guru berijazah pada musim panas iaitu dalam tahun 2007.

Setting
Setting kajian yang dipilih pula ialah melibatkan Model CIPP iaitu satu akronim untuk Context, Input, Process dan Product (Stufflebeam, Foley, Gephart, Hammond, Merriman, 1971). Model CIPP ini juga telah dicipta oleh Daniel Stufflebeam dan sezaman dalam 1960s. Model penilaian ini memerlukan penilaian konteks, input, proses, dan produk dalam kritik satu nilai program.

Prosedur
Beberapa prosuder yang dijalankan dalam kajian ini iaitu pemerhatian, pemantauan , refleksi daripada para guru, senarai semak serta beberapa jenis penilaian untuk menemui matlamat baru di dalam diri dan organisasi.


Pengumpulan data
Pengumpulan data adalah terdiri dari pemerhatian, soal selidik dan beberapa kaedah lain yang melibatkan pemerhatian secara menyeluruh.

Rumusan
Kajian ini dapat menjadi platform yang baik dan berguna kepada para guru untuk pencapaian tahap kemantapan dalam penilaian kurikulum. Selain itu hal ini juga membuktikan kurikulum merupakan satu perkara yang penting di dalam sistem pendidikan di samping mencari peluang yang pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.