Selepas mengikuti Program Bina Insan II (BIG II), saya telah menyedari beberapa perkara yang perlu kepada penambaikan di dalam diri saya. Aspek yang paling utama ialah ketepatan masa. Hal ini kerana saya mendapati, sepanjang perjalanan Program BIG II saya suka menyiapkan sesuatu kerja tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Contohnya, ketika aktiviti "jungle trekking" kami diberi sebanyak 5 tugasan dan perlu menyiapkan sepanjang aktiviti tersebut berlansung. Namun demikian, tugasan tersebut disiapkan lambat daripada masa yang telah ditetapkan. Sehingga sekarang, saya berusaha untuk menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.
Matlamat
Saya ingin menjadi seorang pelajar DPLI dan guru yang sentiasa aktif, bersemangat dan cemerlang dan berdedikasi.
Objektif Kajian
* Menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan tepat pada masanya.
* Menguruskan masa dengan sistematik.
Pelan Tindakan
#Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif saya ialah:-
1. Saya akan menyenaraikan tugasan-tugasan yang diberikan serta tarikh akhir bagi tugasan tersebut.
2. Saya juga menyediakan satu jadual yang lengkap untuk menguruskan masa saya dengan lebih baik.
#Pengumpulan Data
Saya akan membuat satu senarai semak tentang aktiviti yang telah dilakukan. Selain itu, saya juga boleh meminta pandangan rakan-rakan tentang prestasi ketika melakukan tugasan berkumpulan agar dapat memperbaiki kelemahan diri.
#Memantau pelaksanaan yang telah dilakukan.
Friday, May 1, 2009
AKTIVITI 1
Posted by asparila che mat at 8:25 PM 0 comments
JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

Terdapat empat jenis kajian tindakan, iaitu:
a. Kajian tindakan individu
Kajian jenis ini dijalankan secara individu atau perseorangan iaitu guru itu sendiri.
Kajian jenis ini memfokus kepada satu isu atau permasalahan yang terdapat di dalam satu bilik darjah sahaja.
b. Kajian tindakan kolaboratif
Kajian jenis ini melibatkan lebih daripada dua orang guru samada dalam bidang yang sama ataupun berlainan.
Kajian jenis ini memfokus kepada dua isu dalam satu bilik darjah.
c. Kajian tindakan organisasi seperti sekolah
Kajian jenis ini melibatkan ramai pihak seperti guru dan ibu bapa.
Fokus kajian adalah tertumpu kepada persekitaran sekolah itu sahaja.
d. Kajian tindakan daerah
Posted by asparila che mat at 8:20 PM 0 comments
Friday, April 24, 2009
Konsep..
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat:
a) Cuba jaya dan berterusan.
b) Penglibatan pengamal (pengurus sekolah atau guru);
i. membuat intervensi ,
ii. langkah-langkah pembaikan dalam usaha
- mendapatkan anjakan cara berfikir ,
- kesedaran yang baru.
c) Dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan
tujuan:
i. memperbaiki amalan kerja,
ii. menambah kefahaman baru, dan
iii. meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan.
Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang:
a) berbentuk inkuiri refleksi kendiri,
b) dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial pengamal (guru/pendidik) sebagai penyelidik,
c) melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri,
Posted by asparila che mat at 7:26 PM 0 comments
definisi...
Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing).
Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:
i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.
Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang bersifat telus, terbuka dan dipersetujui oleh semua warga sekolah. Walau bagaimanapun data atau bukti yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan diri, tempat atau lokasi yang dijadikan sumber kajian. Hasil dapatan perlu disebarluaskan kepada warga sekolah untuk tujuan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti.
Posted by asparila che mat at 6:50 AM 0 comments
